-Kantoi Identiti@JomgelakFM-

PENGURUSAN HARTA PUSAKA

PEMBACA


"kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, hendaklah ia membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan Agama) sebagai suatu kewajiban atas orang yang bertakwa" ~ Al-Baqarah


AKTA PEMBAHAGIAN

HARTA PUSAKA KECIL TAHUN 1955

SMALL ESTATE (DISTRIBUTION) ACT 1955

Akta Pembahagian Harta Pusaka Kecil 1955 ialah akta yang di gubal untuk memproses dan menyelesaikan harta pusaka kecil si mati

- Pemohonan dan penyelesaian di buat di Pejabat Tanah dan Penrtadbir Tanah diberi kuasa mendengar/memutuskan kes pusaka

- Pengunaan Akta ini telah menseragamkan pengurusan/pentadbiran penyelesaian pusaka diseluruh Negeri.

- Bidang kuasa berkaitan harta pusaka kecil ialah dibawah:-

*Pelembagaan Persekutuan – Jadual kesembilan Perkara 4(e) (1) ‘ …………………. Pewarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat, probet dan suratmentadbir pusaka…………….’ Sebagai satu Senarai persekutuan

Pertadbiran Pusaka di Malaysia

Di Malaysia urusan penyelesaian harta pusaka menjadi tangungjawab 4 jabatan/ agensi;-

(a) Mahkahmah Tinggi

(b) Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan/Pejabat Tanah

(c) Amanah Raya Berhad

(d) Jabatan atau agensi yang terlibat dengan harta berkaitan (biasanya tempat simati bekerja)

** Tangungjawab jabatan/agensi ini dibezakan oleh:

(i) jenis harta pusaka

(ii) bidangkuasa perundangan yang digunapakai oleh agensi berkaitan.

Majikan Simati (amolumen)

Kakaitangan kerajaan/pesara-mati meninggalkan harta-gaji, elaun tidak melebihi RM2,000-00 (Pekeliling Perbendaharaan bil 2 tahun 1986-waris menandatangani boring”indemnity bond”

Harta tak alih

Tanah dan sebarang kepentingan daripada tanah hak diatas atau faedah yang terbit atau mungkin terlibat daripada tanah

Harta alih

Termasuk wang simpanan di institusi kewangan, saham-saham, Kenderaan, Barang Kemas, Senjatapi dan sebagainya.

Bergantung pada nilai. Jika harta pusaka itu RM600,000-00 kebawah, ia diketogerikan harta pusaka kecil dan diselesaikan di Pejabat Tanah. Jika lebih, Harta itu tergolong dalam kes pusaka besar dan di selesaikan di Mahkahmah Tinggi.

Dokumen Yang Diperlukan untuk membuktikan kematian

- Sijil kematian

- Permit menguburkan

- Surat akuan bersumpah dan dua orang saksi bebas

- Perintah anggapan kematian oleh mahkahmah (Seksyen 108 akta keterangan)

Cara Memohon

1) gunakan Borang A Akta berkenaan

2) satu permohonan sahaja perlu dibuat

3) permohonan dibuat di Daerah dimana tanah yang nilainya yang lebih tinggi

Permohonan sertakan dokumen berikut

- bukti kematian asal

- salinan kad pengenalan waris

- salinan buku akuan dan sijil saham

- salinan hakmilik tanah

- salinan hak milik kenderaan

Siapa yang layak memohon?

- waris-waris yang berhak

- pemberi hutang termasuklah pemegang gadaian/pajakan

- pembeli melalui perjanjian yang sah

- Majlis Agama Islam/Baitul mal

- Amanah Raya Barhad

- Penghulu dan Penolong Pegawai Tanah atas arahan Pentadbir Tanah

Tugas Pentadbir Tanah

(1) Memproses permohonan

(i) Semak nilaian tanah untuk memnetukan bidang kuasa penyelesaian samada pusaka kecil atau besar

(ii) Rujuk kepada Pendaftar Pusat Mahkahmah Persekutuan, Putrajaya

2) Notis Perbicaraan

(i) Hantar notis kepada semua pihak yang berkaitan

(ii) tempoh notis 14 hari

(iii) Kegagalan atau ketinggalan notis, perbicaraan dianggap sah kecuali Mahkahmah berpendapat kegagalan disengajakan

(iv) permohonan dianggap ditarik balik oleh pemohon selepas gagal hadir 3 kali notis dikeluarkan, kecuali pemohon terdiri pembeli atau pemiutang

3) Tatacara perbicaraan dan tanggungjawab Pentadbir Tanah

(i) waris dan orang yang berkepentingan hadir pada hari perbicaraan

(ii) waris tidak dapat hadir boleh kemukakan surat persetujuan secara akuan bersumpah

(iii) Keterangan semasa perbicaraan secara bersumpah dan ikrar

(iv) Meminta saksi-saksi hadir untuk dioal jawab

(v) Menentukan agama dan adapt simati

(vi) menentukan cukai pusaka, perbelanjaan pengkebumian, hutang dan bahagian Baitul Mal (jika ada)

(vii) Melantik penjaga/pemegang amanah bagi waris dibawah umur dan orang tak siuman

4) Cara pembahagian harta pusaka

(i) orang islam mengikut hokum faraid

(ii) orang bukan islam mengikut Akta Pembahagian 1958

(iii) pembahagian cara muafakat atas persetujuan waris dan tidak bercanggah dengan undang-undang.

5) Perintah pembahagian

(i) Perintah turun milik

(ii) Perintah lantik pentadbir

(iii) Perintah Jualan

(iv) Perintah secara lelongan awam

(v) perintah turunmilik kepada pembeli

(vi) erintah mengistiharkan pertelingkahan

6) Pembahagian Harta Pusaka di bawah Akta Tanah Penempatan Berkelompok 1960

(i) penurunan milik hanya kepada seorang sahaja

(ii) di lantik Pentadbir

(iii) jualan secara lelong awamsekiranya lebih daripada seorang yang menuntut dan wang jualan dibahagi kepada semua waris-waris ikut faraid

7) Rayuan

(i) mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan eprintah pembahagian boleh buat rayuan ke Mahkahmah Tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh perbicaraan dengan mengisi Borang K2

(ii) sekiranya tempoh 14 hari telah luput, pihak merayu boleh mohon ke mahkahmah tinggi untuk melanjutkan tempoh rayuan

8) Permohonan yang kemudian (Seksyen 17 Akta Pusaka Kecil)

(i) ada harta tertinggal

(ii) lantik pentadbir baru atau batal pentadbir dan pembahagian dibuat

(iii) lantik pemegang amanah baru atau batal pemegang turunmilik kepada waris telah dewasa

(iv) menarik balik kaveat pendaftar yang dimasukkan dalam perbicaraan awal

Bayaran-bayaran yang dikenakan

(i) Permohonan Baru (Borang A) - RM10-00

(ii) Permohonan kemudian (Borang P) -RM10-00

(iii) Bayaran Perintah RM10-00, salinan perintah atau satu salinan RM2-00

**Bayaran Cukai pusaka bergantung kepada nilai harta pada tarikh mati. Kematian pada 1 November 1992 dan selepasnya tidak dikenakan bayaran cukai pusaka

Rayuan Mahkahmah Tinggi

(1) Pertaruhan (deposit) RM1,500-00

(2) Bayaran rayuan RM50-00

Kenapa permohonan pusaka perlu disegerakan?

1) memudahkan proses pembahagian pusaka

2) membolehkan harta pusaka di manfaatkan segera bagi faedah waris

3) mengelakkan bilanagn waris yang ramai akibat kematian waris berlapis

4) mengelakkan berlakunya tanah terbiaryang merugikan semua pihak

5) bayaran pampas an tanah kepada pemilik dengan segera sekiranya tanah terlibat dengan pengambilan tanah

6) mengelakkan wang simp[anan simati di dalam institusi kewangan dipindahkan kepada perbendaharan melalui Akta wang tidak dituntut

Tanggung jawab penghulu

(i) penghulu mestilah melaporkan kepada Pentadbir Tanah jika waris simati tidak membuat permohonan pusaka selepas 6 bulan dari tarikh kematian simati (seksyen 18(1) Akta)

(ii) selepas 6 bulan Pentadbir boleh mengarahkan Penghulu membuat permohonan pusaka( Seksyen 18(1)

(iii) jika harta simati bukan harta pusaka kecil, penghulu dikehendaki lapor kepada Amanah Raya Berhad(Seksyen 18(1))

(iv) Penghulu boleh dipanggil oleh pentadbir Tanah dalam mana-mana perbicaraan sebagai saksi (seksyen 12 (3) Akta)

(v) Penghulu tidak dikenakan apa-apa bayaran bila menuntut permohonan pusaka seksyen 18 (2) akta)

Kesimpulan

Tuntutan Harta Pusaka perlu disegerakan untuk mengelakkan kematian berlapis dan menjadikan nya mudah dan belanja yang murah.

BUTIR-BUTIR YANG DIPERLUKAN DALAM PERMOHONAN

HARTA PUSAKA

Sila penuhkan Borang A atau P serahkan bersama-sama butir-butir berikut: -

1)

Dua (2) Salinan Surat Akuan Kematian atau Permit Pengkebumian/Surat Perakuan Sumpah atau Perintah Anggapan Kematian yang telah disahkan oleh Hospital/Balai Polis dan NOMBOR Kad Pengenalan.

2)

Salinan Hakmilik (Geran Tanah), Salinan Resit Cukai Tanah dan Salinan Resit Cukai Harta semasa atau Surat Perjanjian Jual Beli mana yang berkenaan.

3)

Salinan Kad Pengenalan Waris atau Surat Beranak bagi waris bawah 12 tahun (jika ada).

4)

Salinan Sijil Perkahwinan tuan/puan dengan simati sekiranya ada.

5)

Sila isikan dimuka surat 4 diperkara No. 5, di bawah Bahagian 4-C (piutang si mati) jika sekiranya Hakmilik (Geran Tanah) dicagarkan kepada mana-mana Institusi Kewangan dan kemukakan sesalinan surat yang menyatakan alamat, No. Akaun dan No. Rujukan Fail Institusi Kewangan berkenaan / Pinjaman Perumahan Kerajaan beserta sesalinan surat dPerbendaharaan Negeri/Malaysia.

6)

Salinan butir-butir harta alih seperti buku simpanan bank, saham, wang pampas an (Pemgambilan Balik Tanah), Insuran nyawa, geran kereta/motosikal dan lain-lain yang dituntut sekiranya ada (yang telah dikemaskinikan).

7)

Bayaran permohonan Harta Pusaka Kecil sebanyak RM10.00.

(Contoh Borang A)

BORANG A

[ATURAN 3 (1)]

MALAYSIA

NEGERI JOHOR

DAERAH JOHOR BAHRU

ORDINANCE (PEMBAHAGIAN) HARTA PESAKA KECIL, 1955

GUAMAN PEMBAHAGIAN NO. …………………………………. TAHUN …………

DALAM HAL HARTA PESAKA ………………………….. (No. K/P simati) …………………… DAN PERMINTAAN DARIPADA ……………………………… YANG BERALAMAT DI …………………………………………………………………………………

PERMINTAAN DIBAWAH SEKSYEN 8

SAYA, ……………………………………. (pertalian dengan simati) …………………… dan No. Kad Pengenalan ……………………………. Pemohon yang tersebut nama di atas menyatakan seperti berikut:

1. Nama yang tersebut di atas ………………………… telah mati di ………………………… pada atau lebih kurang ………… pada …… Haribulan …………….. 20.

2. Saya adalah seorang yang ada kepentingan dalam harta pesaka yang tersebut sebagai orang yang berhak menerima pesaka sipiutang / Pembeli / Pentadbir Pesaka / Pegawai Petempatan / Penghulu / Penggawa bagi Mukim ……………….. (Persaudaraan saya dengan simati iaitu ialah …………)

3. Sepanjang yang saya ketahui dan percaya simati ada meninggalkan orang balu /seorang balu lelaki yang bernama dan waris yang paling hampir sekali seperti berikut:

-1-

Nama dan No. Kad Pengenalan

Umur

(Tahun)

Alamat

Persaudaraan Dengan Simati

4. Simati pada tarikh kematiannya ada mempunyai harta yang berikut: -

A- HARTA YANG TIDAK BOLEH DIALIH

No. Hakmilik

No. Lot

Daerah

Mukim

Nilai Lebih kurang

-2-

B – HARTA YANG BOLEH DIALIH

BUTIR – BUTIR HARTA YANG BOLEH DIALIH

NILAI LEBIH KURANG

C – PIUTANG SIMATI

BUTIR-BUTIR PIUTANG

JUMLAH

NAMA DAN ALAMAT ORANG YANG BERHUTANG

- 3 -

5. Simati pada tarikh kematiannya ada berhutang seperti dibawah:

BUTIR-BUTIR HUTANG

JUMLAH

NAMA DAN ALAMAT SIPIUTANG

6. Simati ada meninggalkan waris-waria pesaka yang berikut yang berhak mendapat bahagian daripada harta pesakanya:

Nama / No. Kad Pengenalan

Umur

Alamat

Persaudaraan dengan simati

- 4 -

7. Saya memohon supaya harta pesaka simati itu dibahagi-bahagikan mengikut cara yang di peruntukkan dalam Bahagian II Ordinan ( Pembahagian ) Harta Pesaka Kecil 1955,

8. Sepanjang yang saya ketahui tiada apa-apa permohonan telah dibuat oleh sesiapa dahulu daripada ini dan saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar, serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960.

Bertarikh di pada ……………….. haribulan ………………………

Diperbuat dengan sebenar-benarnya diakui }

}

Oleh yang tersebut namanya di atas }

}

iaitu …………………………………………. }

} …………………………………..

Di …………………… di Negeri …………… } Tandatangan / Pemohon

} Orang yang Menuntut

Pada ……………. Haribulan ……………… }

Di hadapan saya,

………………………………………….

Yang Di pertua Mahkamah Seksyen

Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah.

BORANG PESAKA

- 5 -

1 Mesej diterima:

Post a Comment

Baik komen dari romen haha

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Powered by Blogger.