-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 18 Februari 2013

KEDAI RUNCIT SIAPAKAH INI?

PEMBACA

Kedai Runcit milik siapakah ini? ......

Dalam sebuah kampung dikawasan yang agak pendalaman, ada  dua buah kedai runcit yang terletak ditengah tengah kampung yang menyediakan barangan keperluan untuk penduduk kampung.


Kedai Runcit A lebih dikerap dikunjungi kerana semua barangan keperluan terdapat disitu. Ibarat hidup segan mati tak mau keadaan di kedai runcit B, maklumlah bila kurang pelanggan,maka kuranglah modal untuk kedai B melengkapkan barang barang keperluan.

Tahun demi tahun, kedai runcit A makin membesar dan mempunyai modal kewangan yang kukuh....manakala kedai runcit B tetap seperti dahulu dan jika berubahpun cuma zink nya saja.

 Namun.....apabila makin membesar dan yakin kerana mempunyai ramai pelanggan tetap dan pesaingnya kedai B tak akan mampu menjatuhkannya, kedai A makin angkuh dan lebih memikirkan keuntungan segera, harga barang dinaikkan sesuka hati ditambah pula dengan sikap kedai A yang tidak lagi menghormati pelanggan.

Mahu tidak mahu, sedikit demi sedikit pelanggan tetap kedai A mula beralih arah ke kedai B dan kedai B pula berusaha untuk mengumpul modal bagi menyediakan keperluan yang diperlukan penduduk kampung. 

Sikap mesra pelanggan dan cuba memberikan nilai harga yang rendah begitu memikat hati penduduk kampung. Lama kelamaan kedai A makin kurang dikunjungi pelanggan walaupun kedai A cuba menarik semula pelanggan dengan memberikan "HADIAH" kepada pelanggan yang bertuah.

Oleh kerana tertekan apabila kekurangan pelanggan, kedai A mula menjalankan gerakan gerakan kotor untuk memusnahkan kedai B ,pelbagai fitnah mula ditabur kepada kedai B ,manakala pelanggan pelanggan kedai B di ugut dan dimaki hamun namun penduduk kampung tetap bersama kedai B  kerana mereka sudah tahu SIKAP  SEBENAR KEDAI A.

Siapa kedai A dan siapa kedai B dalam cerita diatas?? Tak boleh beri  jawapannya ....
Begini rumusan penulis, dalam sebuah negara demokrasi .......parti politik ibarat sebuah kedai runcit yang menyediakan pelbagai barangan keperluan untuk pelanggannya. 

Dan kita sebagai pelanggan haruslah bijak memilih kedai runcit UNTUK KEMUDAHAN KITA.....

Jangan tersalah pilih kedai !! 
ADMIN ارمن
PENAJA Artikel ....Sila Klik


1 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.